Daisypath - Anniversary

2012-08-05

Lemah

aku rasa cemburu sangat dengan seorang sahabat aku.
dia dah kahwin & dah ade anak.
keje dia bagus.
suami dia pun keje bagus.
kehidupan diorang suami isteri boleh dikatakan agak mampu.
kalau nak pergi restoran mahal2 tu, tade hal lah bagi diorang.
bole dikatakan dari ape yang aku nampak kt FB hidup dia nearly perfect.
aku ni pulak, keje pun tak, belajar pun tak.
duduk rumah aje.
main game aje pandai.
naikkan badan aje pandai.
bercinta je pandai.

Kepada diriku:
Bacalah Al-Quran.
Banyak-banyakkanlah berdoa.
Buatlah solat sunat.
Ikhlaslah dalam perbuatan sehari-harian.
Janganlah merungut.
Jangan ada perasaan hasad dengki.
Jangan ada rasa busuk hati.

Ya Allah.
Ampunilah hambaMu ini.
HambaMu ini lemah dalam menghadapi kehidupan hariannya.
Teguhkanlah imanku.
Berikan aku kekuatan untuk menempuh kehidupan yang mendatang Ya Allah Ya Tuhanku.

No comments: